Wednesday, March 9, 2011

bahayanya seorang wanita

ok murid2 semua..hari ini ustaz A nk bagi ceramah sikit ye..harap murid2 sume paham ape yg ustaz A ajar ni ye..perasan plak hari ni nk jd ustaz..hek3...meh2 dgr ceramah sket dari ustaz meh..ehemmmm..bismillahirohmanirohim.....................


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke
neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada
wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak
perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti
mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak
perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya
memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(Nota: Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak
perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat dan
saum?..menutup
aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka
bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suami
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul
bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk
pandangan
kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun
seorang
yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak
tinggal,
maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(Nota: Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan
isteri
tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak
kau
menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang
kau
akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh
ke
bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya
mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari
ajaran
Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(Nota: Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya
menjaga
amalmu, dan jangan ingat kau terlepas? kau juga akan
dipertanggungjawabk an
diakhirat kelak?jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat? dan
tidak menutup aurat.)

4. Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan
yang
haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah,
mengata dan sebagainya?maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabkan
di akhirat kelak?. dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(Nota: Duhai anak-anak lelaki?. sayangilah ibumu?. nasihatilah dia
jika
tersalah atau terlupa?. kerana ibu juga insan biasa? tidak lepas dari
melakukan dosa? selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka?.jika
tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)


Lihatlah?..betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah
diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar
ayah,suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Maksud Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga
kamu
dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala),
Neraka
itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar
(layanannya)
, mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang
diperintahkanNya
kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang
diperintahkan."
(Surah At-Tahrim 66: Ayat 6)



ok murid2 sume..paham tak ape yg ustaz terang kan td???mudah saje..kalu xpaham bce la byk kali..hahahahah...penting ni utk murid2 lelaki ye..kalau kamo xnk mudah masok neraka kamo berwaspade la dengan kaum hawa ni ye..bimbing die sebaik mungkin..sampi cni saje la ceramah utk hari ini ye ..nnt esk ustaz bg ceramah lain..tggu ye..

No comments:

Post a Comment